BAB I
PENDAHULUAN
Sejumlah negara berusaha membatasi
kemungkinan praktek poligami, bahkan ada negara yang melarang poligami secara
mutlak. malaysia adalah salah satu negara yang mambetasi praktek poligami. Sama
dengan Indonesia, di Malaysia poligami dapat dilakukan dengan syarat-syarat dan
dalam kondisi-kondisi tertentu. Sebaliknya, pengikut gerakan darul arqam bukan
saja membisakan praktek poligami, tetapi lebih dari itu, gerakan ini
menganjurkannya.
Mampu atau tidaknya seorang suami
berlaku adil terhadap isteri-isterinya bagi pengikut Darul Arqam, harus dicoba
dengan melakukan poligami. Kenapa mereka menganjurkan praktek poligami
(mandub), bukan seperti kelompok mayoritas yang hanya membisakan (mubah).
sementara dalam praktek, gerakan ini menanamkan kepada para isteri yang
dipoligami untuk senantiasa sabar dalam mensikapi praktek poligami suami,
seperti sabar menunggu giliran, sabar dengan kondisi suami. Demikian juga
isteri diwajibkan senantiasa patuh terhadap perintah dan keinginan suami.
Poligami bagi gerakan Darul Arqam
merupakan ajang untuk mengukur mampu atau tidaknya seorang suami berlaku adil
terhadap isteri-isterinya, sementara bagi isteri menjadi ajang melatih
kesabaran. adapun di antara tujuan poligami adalah manajemen kerja, seorang
suami yang berpoligami dapat memaksimalisasi perannya.
BAB II
PEMBAHASAN
Al-Arqam
diasaskan oleh Ashaari Muhammad. Ia juga dikenali sebagai Jamaah Aurad
Muhammadiah dan telah mengembangkan pengaruhnya dikalangan berbagai lapisan
masyarakat Islam di seluruh Malaysia ini. Ajaran-ajaran Al-Arqam mendapat
sambutan sebilangan masyarakat yang dikelirukan dan menganggapnya sebagai
sebuah badan dakwah yang unggul. Kumpulan ini menyebarkan kegiatan dakwah islam
melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan, perniagaan, perobatan,
dan pertanian.
Berawal
dengan 10 hingga 12 orang ahli Al-Arqam pada tahun 1968 ketika ditubuhkan,
kemudian bertambah kepada 40 orang ahli jemaah pada tahun 1976, keahlian jemaah
ini, menurut Ann Wang Seng, kemudian bertambah secara mendadak pada tahun-tahun
berikutnya sehingga pada tahun 1987 jemaah itu mencatat sekitar 5,000 hingga
6,000 keahlian. Namun menurut Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri
pada tahun 1994 dianggarkan seramai 6,000 pengikut yang fanatik dan 15,000
simpatisan. Utusan Melayu (4 Julai 1994) pula melaporkan seramai 10,000
pengikut.
Aktiviti
Darul Al-Arqam bermula pada 1971-72 di Kampung Datuk Keramat dan beroleh
perhatian dan penerimaan ramai setelah bertapak di Sungai Pencala pada 1973-75.
Berikut
beberapa pemimpin kanan Al-Arqam yang menjadi tulang belakang kejayaan
pertubuhan Al-Arqam selama 26 tahun dari 1968 – 1994, yaitu; 1. Ustaz Ashaari
Muhammad – pengasas pertubuhan Al-Arqam, 2. Akhbar Anang, 3. Ustaz Mohktar Yaakob – sarjana syariah,
4. Zabidi Mohamed – penasehat undang-undang
Al-Arqam, 5. Haji Hassan Mokhtar, 6. Khairil Anuar Ujang- peguam, 7. Shuib Sulaiman,
8. Ibrahim Mohamad, 9. Jailani Kasmani, 10. Khadijah Aam, 11. Khadijah Din, 12. Pak Salleh,
A.
Ajaran Al-Arqam
Di
antara kepercayaan mereka adalah kepercayaan bahawa Syeikh Muhammad As-Suhaimi
yang telah meninggal pada tahun 1925 dinyatakan tidak mati, sebaliknya masih
hidup. Menurut Ustaz Ashaari, Sheikh al-Suhaimi adalah Imam Mahdi yang ghaib
buat seketika sebelum kembali untuk memimpin Umat Islam. Tindakan Ashaari yang
mengqiyaskan (menganalogikan) Syeikh Muhammad As-Suhaimi dengan Ashab al-Kahfi
dan Nabi Khidir .
Pegangan
Al-Arqam adalah berpunca dari pengajaran Ashaari Muhammad dan pegangan
pengikut-pengikutnya terhadap Aurad Muhammadiah yang diantara lain memberi
ajaran dan fahaman seperti berikut:
1.
Syeikh Muhammad As-Suhaimi, pengasas Aurad Muhammadiah, berjumpa Rasulullah Saw
dalam jaga dan menerima Aurad Muhammadiah daripada Baginda Rasulullah Saw di
dalam Kakbah.
2.
Syeikh Muhammad As-Suhaimi tidak mati, tetapi ghaib dan akan muncul semula
sebagai Imam Mahdi.
3.
Syeikh Muhammad As-Suhaimi adalah Khalifah Rasulullah Saw dan meletakkan
setaraf dengan Khulafa’ Al-Rasyidin.
4.
Rasulullah Saw, para sahabat dan para aulia dinobatkan bisa ditemui secara jaga
(majlis yaqazah) selain melalui mimpi. Mereka datang untuk mengesahkan sesuatu
yang diperlukan oleh pengikut-pengikut Al-Arqam umpamanya mengenali siapa yang
taat dan siapa yang tidak taat kepada Al-Arqam dan pemimpinnya.
5.
Syeikh Muhammad As-Suhaimi dipercayai kononnya bisa datang menolong apabila
diseru namanya.
6.
Ashaari Muhammad dipercayai, selain seorang yang soleh, wali yang mempunyai
karamah, adalah seorang Mujaddid akhir zaman.
7.
Ashaari mennobatkan dirinya dari keturunan Bani Tamim, yaitu satu rumpun dengan
keturunan Nabi Muhammad Saw yang memegang panji-panji Al-Mahdi.
Memang
pertumbuhan ekonomi dan luasnya pengaruh tidak harus dijadikan piawai yang
mengukur keberhasilan dan kecemerlangan organisasi dakwah tertentu. Tidak dinafikan
aspek keuwangan sangat penting untuk keberlangsungan sesuatu gerakan, namun
banyak lagi faktor lain yang perlu diperhitungkan seperti aspek kepimpinan,
keagamaan, keilmuan dan keintelektualan, kepengikutan, pengurusan, pembinaan
dan lainnya. Sebanyak 52 buah kedai runcit dibangunkan di seluruh perkampungan
Al-Arqam, 20 buah pasar mini, 36 buah kedai buku dan alat ibadat dan 18 buah
restoran di seluruh Malaysia. Al-Arqam juga memiliki 56 buah kilang perusahaan
di seluruh Malaysia.
Pada
tahun 1993, Al-Arqam mengambil langkah yang drastik dengan menumpukan perhatian
kepada dunia antar bangsa. Langkah pertama adalah dengan menubuhkan Al-Arqam
Group of Companies (AGC) yang menghimpunkan 22 buah anak syarikat milik jemaah
Al-Arqam. Setelah membuka pusat hubungan antar bangsa di Islamabad, Pakistan
dan diberi nama Al-Arqam International Centre (AIC). Pada tahun inilah Ashaari
mengisytiharkan terbentuknya Daulah Islam di bumi Malaysia, Indonesia dan
Khurasan.
Krisis
kepimpinan Al-Arqam bermula setelah berlakunya penyingkiran Akbar Anang pada
tahun 1979 yang merupakan Ketua Unit Perkhidmatan Ummah. Menurut Akbar Anang,
penyingkirannya bersama adalah kerana beliau mempersoalkan ajaran Al-Arqam,
namun menurut Ashaari, Akbar Anang disingkirkan kerana beliau cuba membentuk kelompok
yang bertujuan menyingkirkan Ashaari daripada tampuk kepimpinan Al-Arqam. Akbar
Anang memberontak dan mendedahkan keperihalan Aurad Muhammadiah sehingga
dihadapkan ke Pusat Islam pada 1979. Ashaari dilapor menafikan Kiyai Syeikh
Muhammad As-Suhaimi adalah Imam Mahadi dan berjaya membersihkan Darul Al-Arqam
daripada kesangsian asas.
B.
Disesatkan Al-Arqam
JAKIM
(Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) telah melihat adanya penyelewengan akidah
dalam organisasi ini. Setelah bermuzakarah dengan pemimpinnya, Ashaari
Muhammad, yang pertama sekali dilakukan oleh kerajaan adalah mengharamkan buku
Aurad Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam pada tahun 1986.
Kini
kumpulan Al-Arqam tidak lagi terlihat kerana telah diharamkan oleh kerajaan
pada tahun 1994, tetapi yang terlihat ialah Kumpulan Rufaqa’. Kerajaan telah
mengharamkan kumpulan Al-Arqam berdasarkan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang
dikeluarkan pada 5 Ogos 1994. Fatwa Majlis Kebangsaan itu memutuskan bahawa
ajaran dan fahaman kumpulan Al-Arqam bertentangan dengan akidah dan syariah
Islam sekali gus mengakibatkan syirik.
Selanjutnya
itu Ashaari yang ditahan bersama beberapa pemimpin kanan kumpulan itu mengikut
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah membuat pengakuan terbuka mengenai
penyelewengan Al-Arqam. Kemudian beliau dikenakan tahanan rumah di Rawang dan
Labuan. Beliau dibebaskan pada 25 Oktober 2004.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar